Alternatif Menarik Trafik ke blog

Salam sejahtera,

Jika anda sudah memiliki blog yang menarik dan memiliki content yang berkualiti dengan dilengkapi beberapa banner adsense, tetapi malangnya tiada sesiapa yang ingin ke blog anda. Ini adalah suatu kerugian yang mesti dielakkan.

Antara alternatif untuk menarik traffik ke blog anda ialah dengan mengiklankan blog-blog anda di ruangan classified percuma. Ini kerana ianya tidak memerlukan modal dan kebarangkalian untuk traffik ini kekal adalah sangat tinggi. Jika content anda berkualiti, mungkin pembaca akan datang semula untuk mengetahui kandungan baru di blog anda.

Antara website classified yang popular

http://classified.cari.com.my
http://hotiklan.com
http://iklanpercuma.com
http://bestiklan.com

Anda boleh post iklan mengikut kategori yang sesuai dengan topic blog anda. Contohnya jika blog anda mengenai pengubahsuaian kereta, anda boleh post iklan anda di kategori automobil atau yang berkaitan dengannya. Contohnya, " Teknik pengubahsuaian kereta zaman moden". Kemudian letak sedikit penerangan tentang post anda supaya apabila pembaca klik, mereka akan tertarik untuk ke website anda. Gunakan kreativiti anda untuk menarik perhatian pembaca.

Akhirnya, apabila pembaca berada di blog anda mereka akan dilayan dengan content-content yang berguna bagi mereka dan jika mereka inginkan sesuatu, sudah pastinya adsense anda sedia untuk berkhidmat.

Sekian sahaja dari saya untuk tips yang sempoi dan mudah ini.

3 Review:

arylangga said...

thanks ya..salam kenal...

Mantra said...

Welcome...Salam kenal juga..

mojako said...

idea yang bagus tetapi selalu dilupakan. thanks