IK dianiaya Spammers


Perbuatan spammer yang menggunakan nama yang begitu popular IK sebagai helah untuk mengaut keuntungan semata-mata boleh dilabelkan manusia yang tidak berhati perut. Lebih kurang 3 minggu lepas, saya terbuka peti spam email dan mendapati satu email dari seorang tokoh internet terkenal, Irfan Khairi. Saya dengan exited terus membuka email tersebut dan mendapati email yang mengajak untuk menyertai sistem piramid. saya termenung dan berfikir adakah selama ini email yang selalu saya terima tentang skim ini betul-betul menghasilkan wang semata-mata ianya dihantar sendiri oleh Irfan Khairi. Namun saya tetap nekad yang saya tidak akan menyertai skim-skim sebegini.

Seminggu kemudian saya menerima email lagi tetapi kali ini tentang saya telah menang loteri. Katanya email saya dipilih secara rawak dan bertuah menerima wang tunai sebanyak USD70 000. Penghantar email kemudian memberi emailnya untuk urusan selanjutnya. Saya memang dah tahu bahawa benda2 ni memang tak boleh pakai. Menipu. Dan bila saya tengok alamat penghantar email tersebut, mereka pandai menggunakan nama syarikat yang terkenal seperti yahoo tetapi dihujungnya @gmail.com. Baru saya teringat tentang email IK tentang skim tersebut dan tersenyum bahawa ini bukan kerja IK. Saya yakin dan pasti yang jutawan internet seperti IK tidak akan pernah untuk menyertai skim2 seperti ini.

Lihat dan baca lagi tentang IK ambil tindakan undang-undang

0 Review: