Berbeza dengan perniagaan-perniagaan lain, apa yang unik mengenai Asia ceramic marketing ialah mempunyai "Sell back Policy" atau pilihan menjual balik kepada syarikat. Jikalau ada ahli yang tidak mampu menjual produk ceramic yang telah dibeli, ahli boleh menjual balik kepada syarikat dengan harga yang telah ditetapkan. Apa yang pasti harga jual balik lebih tinggi daripada harga yang dibeli dari syarikat. Berikut adalah 3 pakej sell back yang ditawarkan :
- Pakej RM 900 (beli)------>RM 1000(jual) = Rm 100 keuntungan
- Pakej RM 1800(beli)----->RM 2000(jual) = Rm 200 keuntungan
- Pakej RM 3800(beli)----->RM 4500(jual) = Rm 700 keuntungan
Syarat utama Sell back, setelah syarikat membeli semula produk dengan harga yang ditetapkan, bayaran dibuat secara installment oleh syarikat. Bermakna, jika ahli menjual pakej A, syarikat akan membayar 2 keping cek bernilai RM500(total RM1000) tetapi cek pertama boleh di dipositkan pada sebulan selepas tarikh pembelian, dan cek kedua pada bulan seterusnya. Bagi seorang ahli pasif, buat pembelian dan sell back setiap bulan adalah menjadi pilihan. Contohnya, bagi ahli yang membuat pembelian dan sell back pakej RM 3800 setiap bulan, maka keuntungan pasif bagi ahli tersebut setiap bulan adalah RM 700.
Syarikat yang sedang hangat diperkatakan di dunia perniagaan internet kini masih belum "menunjukkan belangnya" dan mereka melakukan perniagaan secara "low profile". Syarikat ini telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya:



Beberapa akhbar tempatan seperti Harian Metro, The Star, Sinar Harian, Miri Daily News, utusan Sarawak, Sin Chew Daily dan media massa turut berminat untuk menyiarkan serba sedikit informasi tentang perniagaan Asia Ceramic marketing. Baru-baru ini, Asia ceramic sekali lagi "menempah" sedikit ruangan di Akhbar Sinar Harian.
Selain itu Syarikat Asia ceramic Marketing turut menyediakan khidmat khairat kematian bagi menjaga kebajikan setiap ahlinya. Bagi ahli yang aktif, beberapa bentuk bonus akan diberikan termasuk wang tunai bagi meningkatkan lagi prestasi ahli-ahli "Ceramic Business Club".
Fakta diambil dan diolah sendiri dari laman web Ceramic Business Club. Untuk maklumat lanjut tentang latar belakang syarikat layari laman web Ceramic Business Club.
0 Review:
Post a Comment