Kelebihan Perniagaan Internet

Antara kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan tradisional :


1) Perniagaan internet 24 jam
Tidak seperti perniagaan tradisional, iaitu ada masa bukak kedai dan ada masa tutup kedai. Perniagaan internet membolehkan pelawat anda membeli dari website ketika anda sedang lena tidur.

2) Kos modal yang murah
Tidak seperti perniagaan tradisional memerlukan kos yang besar untuk cari kedai, sewa atau beli kedai. Perniagaan internet cuma memerlukan satu laman web, hosting dan domain yang mampu dimiliki hari ini serendah RM100. Anda juga hanya mengeluarkan sedikit wang sahaja untuk membayar bil internet setiap bulan.

3) Penyelenggaran yang mudah
Anda mampu menyelenggara atau mengubah suai laman web dalam tempoh yang singkat. Tidak seperti kedai fizikal yang memerlukan renovation, atau pembaikan yang memerlukan kos tinggi dan penggunaan masa yang banyak.

4) Tidak perlu keluar rumah
Perniagaan internet mampu dilakukan hanya di atas katil anda sahaja.

5) Mampu melakukan kerja lain dalam satu masa
Dengan perniagaan internet secara autopilot, anda mampu melakukannya secara part time tanpa perlu berhenti kerja yang ada sekarang. Seorang pelajar yang melakukan perniagaan internet tidak akan terjejas pelajaran berbanding memiliki kedai fizikal sendiri.

Jika masih belum bermula dengan perniagaan internet anda, mulakanlah hari ini dengan memilih nichie yang sesuai dengan diri anda.

0 Review: