Autoresponder percuma

Jika anda telah kaji harga bagi perkhidmatan autoresponder yang terdapat dipasaran sekarang, anda akan rasakan lebih baik pakai yang free je. Autoresponder memang menjadi aset terpenting bagi sesebuah perniagaan internet. Tak kisah anda mahu gunakan yang percuma atau berbayar. Ia lebih baik dari tak menggunakannya langsung!

Cara nak pilih autoresponder yang sesuai, pilihan yang datang sekali dengan akaun webhosting anda-jika ada. Ini kerana autoresponder yang datang sekali dengan webhosting lebih mudah untuk disetup hanya melalui control panel website sahaja. Tapi jika akaun anda tidak disediakan dengan autoresponder, diinternet terdapat banyak lagi autoresponder yang anda boleh pilih seperti Aweeber dan Getresponse.

Terdapat banyak perkhidmatan autoresponder yang ditawarkan percuma di internet. Namun,perkhidmatan ini percuma kerana syarikat tersebut buat duit dengan meletakkan iklan kecil di setiap mesej autoresponder yang anda hantar. Iklan ini akan berada di atas atau dibawah atau dimana-mana bahagian mesej anda bergantung pada syarikat untuk meletakkannya.

Kebanyakan perkhidmatan autoresponder berbayar juga ada menyediakan pilihan percuma atau "free edition" kepada pelanggan-pelanggan mereka. Perkidmatan percuma ini tidak disekalikan features2 yang menarik dan kelebihan yang terdapat jika anda memilih secara berbayar. Tetapi jika anda rasakan tiada keperluan untuk anda menggunakan autoresponder berbayar, guna sahaja perkhidmatan percuma mereka.

Autoresponder percuma kebiasaannya akan melimitkan jumlah subscriber anda. Kebiasaannya jika anda baru berjinak dengan dunia perniagaan online, lebih baik gunakan yang percuma je dulu. Kemudian apabila list subscriber anda sudah sampai limit, barulah upgrade kepada perkhidmatan berbayar pula. Dengan berbuat demikian, anda tidak rugi dari segi duit sementara menunggu jumlah subscriber anda bertambah.

Bagi seseorang yang memiliki perniagaan internet, anda perlu bertanya kepada diri anda adakah berbaloi anda menggunakan perkhidmatan autoresponder berbayar atau yang percuma sudah memadai. Tetapi ingat, jika perniagaan anda semakin maju dan berkembang pastinya pelanggan anda bertambah dari hari ke hari. Jadi untuk menampung jumlah email pelanggan anda sudah pasti memerlukan perkhidmatan autoresponder berbayar. Dan yang penting, anda tidak akan bersaing dengan iklan-iklan dari syarikat autoresponder anda apabila menggunakan perkhidmatan berbayar. Bayangkan anda gunakan yang free, kebarangkalian persaingan anda dan iklan syarikat autoresponder adalah tinggi. Kesimpulannya, menggunakan autoresponder percuma dan berbayar memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

0 Review: