Affiliate Marketing dan Aktiviti Blogging

Salah satu cara untuk seseorang Blogger menghasilkan wang dari internet ialah melalui program Affiliate. Dengan cara meletakkan link kepada website lain(merchant) diblog anda sudah cukup memnggambarkan tentang affiliate marketing. Merchant kemudian menilai komisen kepada pemilik blog dengan beberapa kaedah. Berikut ialah cara sesorang blogger itu dibayar komisen dari pihak merchant melalui program affiliate marketing.

Pay Per click
Merchant membayar jika setiap kali pelawat klik pada iklan yang diserve di blog. Paling mudah untuk menyertai program ini kebanyakannya percuma dan sesebuah perlu ada trafik yang banyak.

Pay per impression
Setiap kali iklan diserve di blog samaada diklik atau tidak, anda akan dibayar.

Pay per Sale
Setiap kali pelawat klik pada link iklan dan mereka akan dibawa ke website merchant. Anda masih belum lagi dibayar ketika ini. Setelah pelawat bersetuju membeli produk yang ditawarkan pada website merchant, barulah anda akan mendapat komisen.

Memilih program affiliate

Terdapat pelbagai program affiliate diinternet. Terdapat banyak website merchant yang menawarkan peluang perniagaan affiliate.Apa yang pernting, untuk menyertainya bukanlah susah. sekadar memerlukan pendaftaran tentang diri anda dan halaman website. Kebanyakan program affiliate tidak memerlukan modal.Percuma.Jadi tidak bermakna anda boleh memilih sebanyak mana program affiliate untuk disertai. Ketelitian dalam memilih program affiliate untuk disertai juga amat penting. Ia bagi memastikan program affiliate yang disertai tidak lari dari target topik blog anda.

Antara cara terbaik mempromosi perniagaan affiliate diblog ialah dengan cara memberi review tentang produk affiliate. Pembaca akan lebih yakin untuk mendapatkan produk tersebut seterusnya mereka akan klik pada link affiliate. Berbeza jika anda hanya mempromosi link membabi buta sahaja. Tanpa ada ribut dan taufan pembaca disuruh klik pada link tersebut tanpa apa-apa keterangan. Sudah tentu amat susah untuk menghasilkan jualan.

Cara lain ialah dengan cara menulis artikel di blog. Dengan menulis artikel pembaca akan rasa lebih yakin dengan anda, seterusnya mempercayai kredibiliti anda dalam bidang tersebut. Seseorang pembeli akan membeli dari orang yang mereka yakin dan percaya. Elakkan dari terlalu mendesak mereka sehingga mempamerkan link affiliate terlalu banyak diblog. Letakkan link affiliate didalam artikel anda diblog secara bersahaja. Ini adalah satu teknik yang baik dan berkesan.

Mematuhi syarat dan peraturan merchant

Sesorang affiliater perlu faham term dan condition sebelum mereka menyertai program tersebut. Elakkan dari melanggar peraturan yang ditetapkan. Elakkan dari melakukan SPAM dengan menghantar email kepada sesiapa sahaja yang anda tidak kenal. Sesetengah program affiliate tidak membenarkan website mereka diiklan di blog-blog seperti lucah dan ganas. Pastikan anda baca syarat-syarat ini dengan terliti terlebih dahulu.Kelak anda akan di ban dan tidak dapat menyertai program tersebut dimasa akan datang.

Kesimpulannya, blog dan affiliate merketing memang tidak dapat dipisahkan. Tanpa blog anda tiada tapak atau platform mempromosi perniagaan affiliate. Maka penting juga anda perlu memiliki blog professional untuk mulakan perniagaan affiliate anda. Dapatkan perkhidmatan setup blog Wordpress professional hanya di Blogekspress.com


--------------------------
Artikel ini boleh disebar tanpa mengubah isi kandungannya

0 Review: